MAC 2022

Abg Jo Lancar Sarawak X-Tive 2022


GEDONG, 5.3.22 - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abg  Johari Bin Tun Abg Openg juga ADUN N.26 Gedong telah hadir ke Majlis Pelancaran  Sarawak X-tive dengan menunggang sendiri motosikal dari Kuching dan setibanya di Gedong terus menaiki basikal mengelilingi Kampung Gedong untuk ke Dewan Datuk Patinggi Ali bagi acara pelancaran rasmi Sarawak X-tive.  

Dalam ucapan, YAB Abg Jo terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih atas kejayaan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak menganjur dan melancar Julungkali Sarawak X-tive bertempat di Gedong dan serentak secara lintas langsung ke seluruh 12 bahagian di Sarawak yang diwakili oleh YB-YB dan Residen masing-masing.

"Sarawak X-tive adalah program yang amat baik untuk semua rakyat  mempunyai cara hidup sihat, cergas dan pandai mengurus masa beriadah agar kesihatan baik dan minda sihat yang boleh meningkatkan tidak secara lansung produkviti rakyat serta ekonomi Sarawak" katanya.

Tambah nya, "Belia Sarawak mesti sihat otaknya dengan pemikiran yang postif bukan pasif untuk membangun Sarawak. 

Melahirkan Belia yang mindanya aktif dalam sudut ekonomi dengan mereka bergerak ke bidang baharu iaitu digital melalui IOT dan Online atau e-commerce  dengan meletakan  SME  bagi membantu dan mengerakkan usahawan Belia di bawah Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak adalah tujuan beliau meletakannya bawah Kementerian Belia," katanya.

Hadir sama, YB Dato Sri Hajjah Nancy Hj Shukri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Dato Sri Abdul Karim Rahman bin Hamzah Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Datuk Hj Julaihi Nahrawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan dif  kenamaan lain

Sumber dari : Sarawakku